Monday, September 8, 2014

EKSTRAK KACIP FATIMAH UTM

Assalamualaikum w.w.r & Salam Sejahtera kepada warga netizens...semoga sihat2 dan ceria sokmo kata orang pahang. Entry saya kali ini adalah berkenaan produk terhangat dipasaran sekarang iaitu Ekstrak Kacip Fatimah hasil penyelidikan dari UTM.

1) LATARBELAKANG:

Ekstrak KACIP FATIMAH keluaran UTM adalah bersih, terjamin dan halal kerana UTM mempunyai makmal sendiri dan kajian saintifik telah dilakukan oleh penyelidik UTM dan dipantau oleh Institut Pembangunan Bioproduk, UTM.

Ia adalah ekstrak 100% dan tidak dicampur bahan lain, bukan seperti kebanyakan keluaran lain. Jika digunakan dengan betul, insya ALLAH selamat. Ia membantu kebanyakan wanita untuk mendapatkan kitaran haids yang lebih sempurna.

Kajian penggunaan ekstrak KACIP FATIMAH telah dijalankan oleh beberapa professor di Institut Pembangunan Bioproduk, UTM. Mereka mengakui ekstrak herba Kacip Fatimah sebagai alternative ubat bagi wanita yang mengalami masalah haid.


2) KEBAIKAN EKSTRAK KACIP FATIMAH:
  • mengatur semula kitaran haid bagi wanita yang sudah lama tidak datang haid atau masalah kitaran haid yang tidak teratur
  • mengurangkan keputihan atau lendiran yang melampau dari faraj
  • merawat kecederaan dan mengecutkan rahim/faraj selepas bersalin atau keguguran
  • menambah tenaga selepas bersalin kerana ia membantu meningkatkan sel darah merah dalam tubuh.
  • melancarkan proses kelahiran bayi (diambil pada mingu kehamilan ke 38). Walaubagaimanapun tidak digalakkan untuk menggunakan EKF di awal kehamilan.
  • melangsingkan badan dan menegangkan otot-otot
  • melancarkan perjalanan darah haid sekaligus mengurangkan sakit sengugut
  • mengatasi masalah kemurungan (meroyan) selepas bersalin
  • mengurangkan risiko "turun rahim" atau uterine prolapse
  • mengurangkan masalah menoupose seperti rasa panas, kekeringan dan kegelisahan
3) RUJUKAN SERTA MAKLUMAT LANJUT

http://www.forestry.gov.my/herba/kacipfatimah_en.pdf
http://drzubaidi.com/blog/kacip-fatimah-tidak-sesuai-untuk-wanita-hamil-dan-menyusukan-anak/
http://drzubaidi.com/blog/kesan-positif-kacip-fatimah-terhadap-pcos/












post signature