Monday, September 8, 2014

EKSTRAK KACIP FATIMAH UTM

Assalamualaikum w.w.r & Salam Sejahtera kepada warga netizens...semoga sihat2 dan ceria sokmo kata orang pahang. Entry saya kali ini adalah berkenaan produk terhangat dipasaran sekarang iaitu Ekstrak Kacip Fatimah hasil penyelidikan dari UTM.

1) LATARBELAKANG:

Ekstrak KACIP FATIMAH keluaran UTM adalah bersih, terjamin dan halal kerana UTM mempunyai makmal sendiri dan kajian saintifik telah dilakukan oleh penyelidik UTM dan dipantau oleh Institut Pembangunan Bioproduk, UTM.

Ia adalah ekstrak 100% dan tidak dicampur bahan lain, bukan seperti kebanyakan keluaran lain. Jika digunakan dengan betul, insya ALLAH selamat. Ia membantu kebanyakan wanita untuk mendapatkan kitaran haids yang lebih sempurna.

Kajian penggunaan ekstrak KACIP FATIMAH telah dijalankan oleh beberapa professor di Institut Pembangunan Bioproduk, UTM. Mereka mengakui ekstrak herba Kacip Fatimah sebagai alternative ubat bagi wanita yang mengalami masalah haid.


2) KEBAIKAN EKSTRAK KACIP FATIMAH:
  • mengatur semula kitaran haid bagi wanita yang sudah lama tidak datang haid atau masalah kitaran haid yang tidak teratur
  • mengurangkan keputihan atau lendiran yang melampau dari faraj
  • merawat kecederaan dan mengecutkan rahim/faraj selepas bersalin atau keguguran
  • menambah tenaga selepas bersalin kerana ia membantu meningkatkan sel darah merah dalam tubuh.
  • melancarkan proses kelahiran bayi (diambil pada mingu kehamilan ke 38). Walaubagaimanapun tidak digalakkan untuk menggunakan EKF di awal kehamilan.
  • melangsingkan badan dan menegangkan otot-otot
  • melancarkan perjalanan darah haid sekaligus mengurangkan sakit sengugut
  • mengatasi masalah kemurungan (meroyan) selepas bersalin
  • mengurangkan risiko "turun rahim" atau uterine prolapse
  • mengurangkan masalah menoupose seperti rasa panas, kekeringan dan kegelisahan
3) RUJUKAN SERTA MAKLUMAT LANJUT

http://www.forestry.gov.my/herba/kacipfatimah_en.pdf
http://drzubaidi.com/blog/kacip-fatimah-tidak-sesuai-untuk-wanita-hamil-dan-menyusukan-anak/
http://drzubaidi.com/blog/kesan-positif-kacip-fatimah-terhadap-pcos/












post signature

Monday, December 31, 2012

FRUIT TART ORDER FORM



Sesiapa yang berminat untuk cuba merasa tart bentuk buah-buahan boleh rujuk link http://yummyliciousfruittart.blogspot.com/.

Tart ini sesuai untuk di buat hantaran pertunangan/perkahwinan, hadiah kepada kawan-kawan/saudara mara, untuk "goodies" pun sesuai atau untuk makan sendiri..;-)

Packaging will suit all your needs.......

It's 100% handmade & homemade. Melting in your mouth....

"Not only cute & atttractive but delicious"

"TASTE IT TO BELIEVE IT!!!"









post signature



Tuesday, December 4, 2012

PRODUK MYCHEF-BEEF STROGANOFF & BROWN RICE PILAF




Hmmmm, bila dah selalu dok tengok iklan Mychef ni teringin la pulak nak mencubakan...biasala manusia....kalau dah disogokkan hari-hari lama2 tergoda jugak. Itulah pengaruh iklan. Bila bershoping tu intai2 la jugak produk mychef ni hinggalah satu hari ternampak di TESCO tapi masa tu kalau tak silap cuma ada 3 resipi sahaja ie Ayam Pongteh (Chef Florence), Ayam Kalio (Chef Ismail) & Beef Stroganoff With Brown Rice Pilaf (Chef Zam). So fikir punya fikir nak try Chef Zam punya dulu kerana sebab utamanya ada nasi....kalau terdesak bolehlah menorai kan...So semalam kira terdesak jugaklah sebab semalam tak lunch, balik dari ofis hujan lebat, so malas nak menyinggah ke mana2 nak tapau makanan. Bila baca instructions nak masak tu memanglah tersangat mudah....just masukkan dalam microwave dalam 2-3 minit siap..... Nak share gambar jap...



Bila masukkan dalam microwave tu, baunyer memanglah semerbak...harum....tapi kena sabor la kojap sebab panas...kalau terus makan masak jugaklah lidah nanti. Bila bukak cover plastik tu terasa macam makanan dalam flight la pulak sebab portionnya itew...ya la sesuai dengan kalorinya kan....Tapi kalau nak claim boleh makan untuk 1-3 orang tu memang idokler....untuk sorang ok la...unless la orang2 yang diet tu kira ok la kan...kalau tengah lapar....no no no...hahaha...Bila makan...hmmmm, nasi memang ok fluffy tapi memang la macam kurang garam, sesuai la dengan motto "healthier food" kan. Daging pun memang nampak segar. No wonder la kan harganya pun....sesekali bolehlah kalau selalu rabak jugak la kan.

Tak sure actually ada berapa produk mychef sekarang ni...sebab kalau tengok dalam gambar dibawah cuma ada 14 tapi bila google terdapat 5 lagi produk my chef...iaitu Fettuccine Marinara dan Sweet & Sour Fish dari Chef Ezani, Sweedish Meatballs dari Chef Zam, Sambal Udang Petai dari Chef Florence dan Ayam Percik Nogoro dari Chef Dato' Ismail.

Waaa...buat masa ni  interested nak try Sambal Udang Petai & Ayam Percik Nogori....itupun kalau ada dan terjumpa la...kebiasaanya kalau yang sedap tu memang cepat habis kan...tengoklah nanti kalau ada rezeki dapatlah cuba....





post signature


CHOCOLATE TOFU CHEESECKAE-EZANI MCM1

Assalamualaikum w.w.r......

This entry nak share resipi ciskek Dr Ezani MCM1. Rupa2nya mcm2 resipi ciskek ni, dipelbagaikan mengikut kreativiti masing2. One thing for sure saya minat makan ciskek ni tapi kalau kandungan cheese terlalu banyak jadi mual pulak. So interested bila tengok satu resipi ciskek dari Masterchef Malaysia yang pertama, Dr Ezani, Chocolate Tofu Cheesecake...tapi bila tengok tauhu yang digunakan, try to imagine how it would taste. So...tak sure la whether akan cuba this recipe ke tak, cuma curious nak tau rasa jerk....

RESEPI untuk Surprise(ingly healthy) Chocolate (TOFU) Cheesecake
Crust:200g biskut chocolate (saya pakai apa yg ade kat rumah je - chipsmore dan wafer julies)
50g mentega dicairkan

Filling:1 cawan gula castor
1/2 cawan air
225g coklat hitam/dark chocolate

900g tauhu lembut/silken tofu
250g cream cheese
1/4 cawan serbuk koko
1 cawan gula castor
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
secubit garam

Cara-cara:- Panaskan oven 160 darjah celcius.
- Sediakan pembakar kek non-stick springform 9inci.
- Utk membuat base atau crust cheesecake, kisarkan biskut coklat dalam food processor, kalau tak ada masukkan dalam plastik dan ketuk dengan rolling pin untuk hancurkan biskut. Campurkan mentega cair. Tuangkan dalam acuan kek, ratakan dan tekan untuk mampatkan ke dasar acuan. SImpan dalam peti sejuk sementara membuat adunan filling.

- Untuk filling, didihkan 1 cawan gula dan 1/2 cawan air, tutup api dan masukkan coklat yg dipotong kecil, gaul sehingga rata. jangan risau kalau coklat nampak macam mengeras atau berketul.
- Dalam mixer atau food processor (saya pakai food processor), kisarkan tauhu, cream cheese, serbuk koko, 1 cawan gula castor. Masukkan telur, vanilla dan garam. Masukkan campuran coklat dan gula tadi. Kisar hingga sebati.
- Tuangkan adunan ke atas base/crust tadi. Hentakkan acuan di atas meja beberapa kali utk menghilangkan buih2 udara.
- Bakar di dalam oven lebih kurang 50-60 minit, sehingga atas cheesecake masak, tetapi dalamnya masih cair lagi.
- Keluarkan dari oven dan biar sejuk. Kemudian simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam sebelum mengeluarkan dari acuan.
- Untuk menghidang boleh dust dengan serbuk koko


(Sorce: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.351184381569181.82758.285700588117561&type=3#!/photo.php?fbid=466111056743179&set=a.351184381569181.82758.285700588117561&type=3&theater)




Tofu yang digunakan Ezani dalam resipi ini.






post signature

Tuesday, November 20, 2012

BAHULU OH BAHULU



Semalam saya mencuba resipi bahulu setelah meng"google" resipi di internet. Actually bahan2 untuk membuat bahulu memang la sempoi ie telur, gula, tepung, vanila or rose essence. Setelah tapisan saya berminat mencuba satu resipi. Sebelum mencuba saya menelefon kakak saya untuk bertanyakan cara arwah tok saya membuat bahulu (i mean step by step). Menurut kakak saya arwah tok tak ada pulak jemur2 tepung sebelum membuat bahulu nih....Melalui "searching" di internet memang banyak resipi yang menganjurkan supaya tepung dijemur terlebih dahulu. Since kakak dah inform memang arwah tok tak menjemur disertai dengan sifat kemalasan yang ada so cucu tok pun idokla menjemur or memanaskan tepung dalam oven.

Seingat saya semasa kecil apabila makan bahulu yang dibuat arwah tok saya memang mabeles. Lembut dan yang tak boleh dilupai bila makan terasa sedikit kemasinan dan semestinya gebu dan rangup. Kakak saya  bagitau yang penting telur dipukul lama sampai kembang dan masin adalah dari planta yang disapu pada loyang dan bahulu setelah masak.

Untuk makluman arwah tok saya adalah bekas tukang masak Istana Pekan Pahang dizaman Al-Marhum Sultan Abu Bakar. Malangnya semasa awrah tok sihat saya masih kecil lagi, so tak sempat lah nak menuntut ilmu dari dia. Malang sekali lagi kerana anak2 arwah tok ie umi serta mak saudara memang kurang minat dengan masak memasak ni so.....hmmmm. Sekarang harapan cuma pada kakak serta sepupu tapi rasanya diaorg pun tak setanding dengan arwah tok. Miss u tok......

Maka cucu tok ni pun berpandukan resipi serta "guide" dari kakak, pun mula lah membahulukan diri haritu. So nak share ler gambar2 pembikinan bahulu cubaan pertama. Resipi kena ambil dari internet untuk diambil sukatannyer sahaja.

Resipi kat youtube actually

The ingredients

Crucial process which i fail this time....


Baking time...

Not satisfied at all....




post signature

Boikot Israel & Amerika – Senarai Barangan & Produk Israel & Amerika





Berikut adalah senarai Syarikat dan produk mereka serta sumbangan mereka ke rejim Zionis dan Amerika:
Syarikat : Phillip Morris Produk : Rokok dan Makanan Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector’s Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C? e d’Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince Fakta : 12 % keuntungannya adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD 80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI
Syarikat : Coca-Cola – McDonalds – Burger King – Pizza Hut ?KFC Produk : Minuman Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.
Syarikat : Nestle Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips Fakta : Syarikat Swiss ini dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R & D. Pada tahun Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.
Syarikat : Disney Produk : Disneyland, Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun, Filem Fakta : Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai US 1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk menguasai Jerusalem sepenuhnya.
Syarikat : Delta Galil Industries Ltd. Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut Jenama : JC Penney , Carrefour Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca Fakta : Syarikat kain terbesar Israel. Pengasasnya Dov Lautman adalah kenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.
Syarikat : Nokia Produk : Telekomunikasi, telefon bimbit dan elektronik Fakta : Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.
Syarikat : Danone Produk : Makanan, minuman dan biskut Produk : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani, Danao, Danette Fakta : Pada tahun 1998 Franck Riboud bagi pihak Danone menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Anugerah tertinggi negara Israel untuk syarikat yang memperkukuhkan ekonomi Israel. Institut Danone, satu institut Penyelidikan dan Pembangunan telah di tubuhkan di Israel pada tahun
1998.
Syarikat : Johnson & Johnson Produk : Kesihatan. Fakta : Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.
Syarikat : Revlon Produk : Kosmetik Fakta : Jutawan Ronald Perelman yang memilikki Revlaon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisma dan Israel.
Syarikat : AOL Time Warner Produk : Media Elektronik dan Cetak Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.
Syarikat : IBM Fakta : Mempunyai 1700 pekerja di Israel. Satu dari 3 syarikat yang disanjung semasa Jamuan Makan Malam Liga Persahabatan Amerika-Israel Untuk Demokrasi pada 25 Jun 2001 bersama Ariel Sharon.
Syarikat : L’Oreal Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson Fakta : Setelah disaman US 1.4 juta kerana menulis surat pada Liga Arab bahawa mereka menutup kilang di Israel, mereka kemudian malbur dengan begitu banyak di Israel. Kongres Yahudi Amerika amat berpuas hati dengan L? real dan menganggap mereka sahabat akrab.
Syarikat : Intel Produk : Perkakasan komputer Fakta : Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.
Syarikat : Est? Lauder Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila Fakta : Pengerusinya, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.
Syarikat : News Corporation Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins Fakta : Murdoch’s New Corp. melabur dengan begitu banyak di Israel.
Syarikat : Kimberly-Clark Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex Fakta : Pada tahun 1998 Robert P. Van der Merwe , Pengerusi Kimberly Clark , menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu, kerana sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Israel.
LAIN-LAIN SYARIKAT
Syarikat : Procter and Gamble Produk : Kesihatan, sabun, syampu Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean
MARS INC – Bounty, M&M’s, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben’s, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies
HASBRO – Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger
GILETTE – Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman
COLGATE PALMOLIVE – Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic
Haagen, Dazs Ben & Jerry, CAMPBELL, Kellogg, Canderel, Levis, Raid, Heinz.



post signature

PERIHAL BOIKOT MC DONALD/MEKDI




Lately ni memang mengikuti perkembangan yang berlaku di bumi Palestine. Kalau dulu kita tak ada facebook so berita terkini hanya memalui berita di TV/akhbar2. Dengan adanya fb kita boleh dapat latest news jika kita join fb2 yang related. Hati menjadi sayu dan pilu bila melihat kanak2 serta bayi yang tidak berdosa terbunuh dek israel laknatullah ni. Apa diaorang tak ada perikemanusiaan ker? Diaorang boleh ke tidur lena setelah membunuh bayi, kanak2 serta orang awam yang tidak berdosa?? Diaorg ni tak ada anak ker? Memang kita tahu tak semua Yahudi yang menyokong perbuatan Israel ni...terfikir pulak...ada beza ke antara Yahudi/Israel/Zionis? Nantikan entri selanjutnya...... ;-)

Ok back to the topic.... Actually bab boikot ni dah lama, cuma dengan serangan terbaru laknatullah ni di Gaza pada 1 Muharram yang lalu membangkitkan semula api kemarahan kita terhadap mereka. Lagi2 dengan promosi dari Mc Donald (McD/mekdi....) untuk membari sarapan percuma kepada warga Malaysia. Sepatutnya pihak McD Malaysia ni batalkan saja promosi tersebut memandangkan apa yang sedang berlaku sekarang. Baik la kos pemberian percuma tu disalurkan kepada rakyat Palestine yang benar2 memerlukan bantuan dari negara2 luar. Lagi2 Malaysia adalah negara Islam...at least hormatlah sikit kan....tapi.....tula..one more things...orang islam especially bangsa kita ni kalau ada barang free laju jer....

Teringat pulak ada satu entri dari rakan di fb (melayu) lebih kurang begini..."bagus jugak diaorg ni boikot mekdi, nanti tak la q panjang time dapat burger free". Lalu saya pun memberi la komen dan link yang tidak diundang berkenaan kenapa kita perlu boikot mekdi nih....lalu beliau memberi komen begini..."kalau u nak boikot, u boikot la sebab i tak nak...bla...bla...bla.....hmmm dalam hati saya cakap...ikut suka la, saya dah share apa yang patut, nak ikut atau tidak terpulanglah....agaknya boleh jadi kebulur kut diaorang ni kalau tak melantak...oppppsss mekdi nih.....ada juga yang mempertikaikan kita yang promote boikot ni dengan alasan kesian pada orang2 melayu yang bekerja di mekdi jika kita melakukan boikot ni, ada pulak yang perli kalau nak boikot janganlan guna fb sebab Mark Zuckerberg pun Yahudi....aduiiii cetek sungguh pemikiran diaorg ni...may be terlebih melantak burger mekdi kut yang jadi camtu....hati pun dah karat.....ataupun kurang ilmu tapi tak nak kalah.....tu kesah orang yang tak boleh hidup tanpa mekdi ni...Tapi semalam hati tersentuh pulak membaca satu entri di fb yang menulis ada seorang sahabat yang dah lama bekerja di mekdi sanggup berhenti kerja semata2 tanda sokongan serta semangat untuk membantu saudara seagama kita di Palestine. Kita di Malaysia hanya boleh membantu dengan cara kita....so at least we've done our part walaupun secebis.....

ni la gambaran antara orang kat malaysia vs orang2 kat obersea tentang mekdi nih....renung2kan la....



Antara produk israel yang perlu kita boikot...kalau tak boleh nak boikot semua pun at least we try our best....





post signature