Showing posts with label Foods. Show all posts
Showing posts with label Foods. Show all posts

Tuesday, December 4, 2012

PRODUK MYCHEF-BEEF STROGANOFF & BROWN RICE PILAF




Hmmmm, bila dah selalu dok tengok iklan Mychef ni teringin la pulak nak mencubakan...biasala manusia....kalau dah disogokkan hari-hari lama2 tergoda jugak. Itulah pengaruh iklan. Bila bershoping tu intai2 la jugak produk mychef ni hinggalah satu hari ternampak di TESCO tapi masa tu kalau tak silap cuma ada 3 resipi sahaja ie Ayam Pongteh (Chef Florence), Ayam Kalio (Chef Ismail) & Beef Stroganoff With Brown Rice Pilaf (Chef Zam). So fikir punya fikir nak try Chef Zam punya dulu kerana sebab utamanya ada nasi....kalau terdesak bolehlah menorai kan...So semalam kira terdesak jugaklah sebab semalam tak lunch, balik dari ofis hujan lebat, so malas nak menyinggah ke mana2 nak tapau makanan. Bila baca instructions nak masak tu memanglah tersangat mudah....just masukkan dalam microwave dalam 2-3 minit siap..... Nak share gambar jap...



Bila masukkan dalam microwave tu, baunyer memanglah semerbak...harum....tapi kena sabor la kojap sebab panas...kalau terus makan masak jugaklah lidah nanti. Bila bukak cover plastik tu terasa macam makanan dalam flight la pulak sebab portionnya itew...ya la sesuai dengan kalorinya kan....Tapi kalau nak claim boleh makan untuk 1-3 orang tu memang idokler....untuk sorang ok la...unless la orang2 yang diet tu kira ok la kan...kalau tengah lapar....no no no...hahaha...Bila makan...hmmmm, nasi memang ok fluffy tapi memang la macam kurang garam, sesuai la dengan motto "healthier food" kan. Daging pun memang nampak segar. No wonder la kan harganya pun....sesekali bolehlah kalau selalu rabak jugak la kan.

Tak sure actually ada berapa produk mychef sekarang ni...sebab kalau tengok dalam gambar dibawah cuma ada 14 tapi bila google terdapat 5 lagi produk my chef...iaitu Fettuccine Marinara dan Sweet & Sour Fish dari Chef Ezani, Sweedish Meatballs dari Chef Zam, Sambal Udang Petai dari Chef Florence dan Ayam Percik Nogoro dari Chef Dato' Ismail.

Waaa...buat masa ni  interested nak try Sambal Udang Petai & Ayam Percik Nogori....itupun kalau ada dan terjumpa la...kebiasaanya kalau yang sedap tu memang cepat habis kan...tengoklah nanti kalau ada rezeki dapatlah cuba....





post signature


Wednesday, October 31, 2012

NASI JAWA



Hmmmm nasi jawa...mula jatuh cinta ngan nasi yang simple ni sejak diperkenalkan oleh akak kat ofis. On d way nak pi kejer memang singgah la gerai tepi jalan untuk membeli. Actually kat situ banyak jugak la juadah untuk sarapan & so far semuanya sedap2 belaka. Ada nasi beringin, mee goreng, meehoon goreng, nasi lemak, nasi jawa & kuih2. Kebiasaan memang beli nasi beringin cuma satu hari tergerak nak beli nasi jawa.

It's very very very simple nyer nasi tapi sedap & sesuai dengan tekak yang dah ke arah oldies nih. It's just nasi putih, ada seketul ayam, ikan masin, sayur campur, ikan masin & the power of the nasi....sambal hijau...superb...the combination tu memang kena sangat2...dah pekena sekali nak lagi....

Bagi sesiapa yang ke johor silalah tanya kawan2 dimana boleh rasa nasi jawa nih. Tak rugi pun kalau nak try sebab sebungkus cost only RM2.50. Alhamdulillah syukur atas nikmat Allah....macam2 makanan ada kat malaysia nih....syukur....



Nasi jawa santapan pagi tadi.


post signature

Friday, October 19, 2012

DURIAN CREPE REVIEW


Assalamualaikum & Salam Jumaat....

Alhamdulillah kita masih lagi di beri kesempatan untuk hidup dan menghirup udara segar di atas bumi Allah ini. Bersyukur juga sebab diberi kesihatan yang baik serta dapat melakukan tugas demi kesinambungan hidup....

Hari ni nak share sikit pendapat pasal kuih yang tetiba meletup especially kat fb ni. Sana sini semua sibuk promote crepe nih...zama2 dolu  kita sebut dadar jerk...mcm telur dadar..so nnt boleh la tukar telur dadar jadi telur crepe...glamour sket. Ha ha...it's true kan dari nama pun kita dah terbayang kesedapan & keenakan sesuatu hidangan walaupun....dot dot dot...

Ok la straight to the point.....In my opinion, taste dia biasa-biasa jer tapi rasa doyan memang kuat la mengatasi rasa bahan2 lain. Even filling whipping cream pun kalah....May be untuk penggemar doyan lain confirm tak tolak kalau diberi crepe nih but i'm not one of them la. For me kalau makan crepe ni just rasa doyan, better we eat durian...just durian.... Bagi saya, saya prefer lagi kuih dadar aka kuih ketayap. Kalau inti kuih dadar tu letak durian to me the taste is much much much better than this crepe nih. Ini my opinion la kan...lain orang ada lain taste bud...may b this recipe tak taruk santan sebab when i taste the crepe terasa kosong...kosong....(najwa latiff jap) tasteless tak macam dadar kita terasa lemak2 gitu.

 
InsyaAllah balik kampung time ni saya order lagi dengan sifu cake yang terkenal di kalangan bakers...nanti saya review pulak crepe doyan dia...mana tau dia guna resipi lain & i'll love the taste...wait and see.... 



Vote for this typical malay kuih lagi...terasa enak walaupun hanya makan kulitnya oooppss crepe nya sahaja...LOL.
post signature






Saturday, April 9, 2011

CRAZY FOR MACARON

Why people so crazy about macaron? I haven't a chance to taste it yet but most people said it's extremely sweet.... Actually i wanted to attend class for macaron but have a 2nd thought coz i really wanna try to do it 1st. Some people said it's difficult to makes perfect macaron..what they called "feet" and i did read sumwhere they'd call it "skirt". One more thing keep wondering me...macaron or macaroons...previously i came to understand theres a different between 2, but some pages/web show that macaron=macaroos which is definitely wrong. Here they are... this one is macaroon (with 2 o's)


Photo from Mr Google


And.....this yummy and pretty one is macaron. Looks yummy rite????



Photo from http://adambridgette.blogspot.com/2011/12/first-macarons.html
See the difference? They’re entirely different cookies. The sandwich-like French macaron is more of a meringue cookie, getting its light, airy texture from egg whites. The Southern coconut macaroon, on the other hand, is a hearty lump of confectionry made of shredded coconut and condensed milk. While you can prepare coconut macaroons in about ten minutes, French macarons are generally more difficult to make – though not so impossible that they elude the home cook. (Source:Stephanie Stiavetti on January 16, 2009 )
Perfect macaron hmm...


Want to know the history of macaron? Read here please...
http://www.seriouseats.com/2007/10/introduction-to-french-macarons.html