Tuesday, December 4, 2012

PRODUK MYCHEF-BEEF STROGANOFF & BROWN RICE PILAF




Hmmmm, bila dah selalu dok tengok iklan Mychef ni teringin la pulak nak mencubakan...biasala manusia....kalau dah disogokkan hari-hari lama2 tergoda jugak. Itulah pengaruh iklan. Bila bershoping tu intai2 la jugak produk mychef ni hinggalah satu hari ternampak di TESCO tapi masa tu kalau tak silap cuma ada 3 resipi sahaja ie Ayam Pongteh (Chef Florence), Ayam Kalio (Chef Ismail) & Beef Stroganoff With Brown Rice Pilaf (Chef Zam). So fikir punya fikir nak try Chef Zam punya dulu kerana sebab utamanya ada nasi....kalau terdesak bolehlah menorai kan...So semalam kira terdesak jugaklah sebab semalam tak lunch, balik dari ofis hujan lebat, so malas nak menyinggah ke mana2 nak tapau makanan. Bila baca instructions nak masak tu memanglah tersangat mudah....just masukkan dalam microwave dalam 2-3 minit siap..... Nak share gambar jap...



Bila masukkan dalam microwave tu, baunyer memanglah semerbak...harum....tapi kena sabor la kojap sebab panas...kalau terus makan masak jugaklah lidah nanti. Bila bukak cover plastik tu terasa macam makanan dalam flight la pulak sebab portionnya itew...ya la sesuai dengan kalorinya kan....Tapi kalau nak claim boleh makan untuk 1-3 orang tu memang idokler....untuk sorang ok la...unless la orang2 yang diet tu kira ok la kan...kalau tengah lapar....no no no...hahaha...Bila makan...hmmmm, nasi memang ok fluffy tapi memang la macam kurang garam, sesuai la dengan motto "healthier food" kan. Daging pun memang nampak segar. No wonder la kan harganya pun....sesekali bolehlah kalau selalu rabak jugak la kan.

Tak sure actually ada berapa produk mychef sekarang ni...sebab kalau tengok dalam gambar dibawah cuma ada 14 tapi bila google terdapat 5 lagi produk my chef...iaitu Fettuccine Marinara dan Sweet & Sour Fish dari Chef Ezani, Sweedish Meatballs dari Chef Zam, Sambal Udang Petai dari Chef Florence dan Ayam Percik Nogoro dari Chef Dato' Ismail.

Waaa...buat masa ni  interested nak try Sambal Udang Petai & Ayam Percik Nogori....itupun kalau ada dan terjumpa la...kebiasaanya kalau yang sedap tu memang cepat habis kan...tengoklah nanti kalau ada rezeki dapatlah cuba....





post signature


No comments:

Post a Comment