Friday, November 2, 2012

TAUFAN SANDY/SANDY HURRICANE




Salam Jumaat yang penuh barakah. Alhamdulillah serta bersyukur kerana negara kita Malaysia belum lagi menghadapi malapetaka serta kejadian alam yang serius. Tahun demi tahun bermacam jenis taufan serta gempa yang berlaku di sana-sini.

Saya mula mengetahui tentang Sandy dari rakan di FB yang kini menetep di New York (NY). Terpandang dalam wall post beliau yang mengatakan beliau mungkin tidak dapat membalas email serta pertanyaan dari rakan2 mengenai perniagaan online nyer memandangkan telah ada amaran Sandy akan melanda NY.
Berbagai kejadian gempa bumi, tanah runtuh, tsunami, taufan, ribut, dan sebagainya kerap berlaku sekarang. Sebagai orang Islam kita perlu melihat kejadian2 yang berlaku sebagai "peringatan" dari Allah s.w.t.

Apa yang menarik perhatian saya bila berlaku sesuatu ribut/taufan ni, macamana nama tersebut diberikan? Antara nama2 taufan yang masih saya ingat ialah Taufan Katrina & Andrew. Ada terbaca yang mengatakan taufan dinamakan dengan nama wanita kerana bersesuaian dengan sifat wanita yang bertindak seperti taufan jika kemarahan mereka ditahap yang maksimum. Sungguh tidak logik teori tersebut...sesuka hati nak menyamakan wanita & taufan...of course la lelaki yang suka buat cerita2 sebegini kan...Rupa2nya sudah ada listing untuk nama2 taufan yang akan melanda...even untuk tahun 2013 pun dah ada namanya...

Andrea
Barry
Chantal
Dorian
Erin
Fernand
Gabrielle
Humberto
Ingrid
Jerry
Karen
Lorenzo
Melissa
Nestor
Olga
Pablo
Rebekah
Sebastien
Tanya
Van
Wendy


Kalau nak tau lebih lanjut mengenai nama2 huricane aka taufan ni boleh refer sini. http://miami.about.com/od/weather/a/2013hurricanes.htm


Disini saya nak share beberapa gambar taufan sandy yang diambil dari Mr google sebagai peringatan diri...sesungguhnya kita sebagai umat Islam kena beringat bahawa seseungguhnya kiamat makin hampir kepada kita....Subhanallah..maha suci Allah yang berkuasa ke atas tiap2 sesuatu....










Aduyai...ada jugak yang suka nak buat lawak yang menghasilkan gambar2 fake/super impose , etc...agak2 la...siap ada jerung bagai.....




post signature


No comments:

Post a Comment